Utama Android Huawei Huawei: Pengganti kepada Aplikasi-Aplikasi Google bakal tersedia menjelang hujung tahun ini

Huawei: Pengganti kepada Aplikasi-Aplikasi Google bakal tersedia menjelang hujung tahun ini

1134
0

Bagi menangani masalah yang diakibatkan oleh pelaksanaan sekatan perdagangan Amerika Syarikat terhadap China yang turut memberi kesan terhadap Huawei, satu bentuk ekosistem perkhidmatan dan aplikasi menggantikan Google Mobile Services telah dibangunkan oleh Huawei.

Menurut Huawei, pihaknya yakin ekosistem mudah alih ini mampu sedia digunakan sebelum tamat tahun 2019.

Bagi mewujudkan sebuah aplikasi-aplikasi perkhidmatan yang mampu menjadi pengganti sepenuhnya Google Mobile Services, Huawei dilaporkan telah menjalinkan usahasama erat dengan pembangun-pembangun di India. Aplikasi-aplikasi penting seperti navigasi, pembayaran, permainan dan permesejan akan dijangka siap penghujung Disember ini.

Jadual pelaksanaan yang dilaporkan ini bagaimanapun dilihat terlalu singkat dan diragui tahap keberhasilan yang akan disediakan kepada pengguna nanti. Membangunkan sesebuah ekosistem mudah alih baru perlu memakan masa yang panjang dan Huawei secara teknikalnya baru sahaja memulakan pembangunannya sekitar Mei 2019.

Atas sebab itu, Huawei telah melaburkan sejumlah US$1 billion (~RM4.14 billion) bagi menggalakkan pembangun-pembangun aplikasi memeriahkan gedung aplikasi Huawei AppGallery.

Antara syarikat-syarikat tempatan yang telah pun menyediakan aplikasi-aplikasi di bawah Huawei Mobile Services termasuklah Astro Awani dan Malaysia Airlines.

Sumber berita diperoleh dari Android Authority

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.