Utama Android Huawei Huawei Mate 50 Pro catat Markah Kamera tertinggi di DxOMark, Atasi Google...

Huawei Mate 50 Pro catat Markah Kamera tertinggi di DxOMark, Atasi Google Pixel 7 Pro dan iPhone 14 Pro

401
0
Huawei Mate 50 Pro DxOMark

Huawei kini kembali merajai carta kedudukan kamera telefon pintar terbaik di dalam DxOMark melalui Huawei Mate 50 Pro. Beberapa bulan sebelum ini, Huawei tidak tersenarai di dalam carta kedudukan tersebut kerana telefon pintar mercu keluarannya baharu sahaja dilancarkan.

Pada ketika itu, HONOR Magic 4 Ultimate muncul di tangga teratas dengan mencatatkan markah keseluruhan 147. Sebelum itu, Huawei P50 Pro berada di tempat paling atas dengan mencatatkan 143 markah.

Tidak lama selepas itu, Google Pixel 7 Pro pula berada di atas dengan mencatatkan markah yang sama seperti HONOR Magic 4 Ultimate. Cuma terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua telefon pintar berkenaan yang memberikan sedikit kelebihan untuk Pixel 7 Pro. Di kalangan kamera telefon pintar, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max turut dicatatkan sebagai antara peranti yang menawarkan prestasi fotografi yang cemerlang.Huawei-Mate-50-Pro-China

Dari segi prestasi kamera, telefon pintar mercu keluaran Huawei pada kebiasaannya menawarkan prestasi kamera yang cemerlang sungguhpun berdepan dengan sekatan dari kerajaan Amerika Syarikat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.