Utama Android Huawei CEO Huawei yakin Apple & Huawei mampu menjadi Jenama Telefon teratas jika...

CEO Huawei yakin Apple & Huawei mampu menjadi Jenama Telefon teratas jika Kerajaan AS tidak campur tangan

554
0

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Richard Yu telah memberikan ucapan yang menarik perhatian di dalam acara Dunia Automotif China Kali Ke-14 2022. Menerusi ucapan tersebut, beliau yakin jika tidak kerana campur tangan kerajaan Amerika Syarikat, pengeluar utama telefon mudah alih dunia mungkin hanya Huawei dan Apple sahaja.

Kenyataan berani tersebut turut mendakwa pengeluar-pengeluar lain hanyalah sekadar kecil-kecilan sahaja termasuk syarikat pengeluar dari Korea Selatan. Hal ini kerana menurut beliau syarikat berkenaan hanya menumpukan pada pasaran Amerika Syarikat dan Korea Selatan sahaja dengan beberapa pasaran lain yang kian merosot.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menceritakan keadaan industri yang kerap berubah dan mengakibatkan saingan di dalam pasaran menjadi terlalu sengit dan kejam.

Terdahulu Huawei telah menerima sekatan dari kerajaan Amerika Syarikat apabila mantan Presiden Donald Trump memegang tampuk pemerintahan. Syarikat teknologi dari China berkenaan juga telah diarahkan untuk menggunakan teknologi 4G sahaja dan tidak boleh menggunakan 5G pada sebahagian telefon keluaran mereka hingga mengakibatkan kelewatan pengeluaran siri Mate 50.

Selain dari sekatan menggunakan teknologi perkakasan, Huawei juga berdepan dengan sekatan teknologi dalam bentuk perisian. Huawei tidak dibenarkan untuk menggunakan Google Play Store dan ini seterusnya mengakibatkan terpaksa memberikan tumpuan terhadap pembangunan Huawei AppGallery.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.