Utama Internet 11 peratus pengguna anggap HTML adalah penyakit kelamin

11 peratus pengguna anggap HTML adalah penyakit kelamin

845
0

Penggunaan jargon-jargon terknikal ICT sememangnya mengelirukan sesetengah pengguna yang tidak biasa dengannya dan sungguhpun dalam era penggunaan telefon pintar yang amat berleluasa ini, bukan sesuatu yang asing jika masih ramai lagi yang tidak faham dengan sesetengah terma IT.

Malah, di Amerika Syarikat sendiri, negara terletaknya Lembah Silikon turut tidak terkecuali dari hal ini. Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Vouchercloud, sebuah laman penawaran kupon, mendedahkan 11% rakyat Amerika Syarikat menganggap HTML merupakan nama sejenis penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease, STD).

Kajian ini melibatkan 2,392 pengguna yang berusia 18 tahun dan ke atas tanpa mengira jantina. Di dalam kajian berkenaan, para pengguna diajukan dengan soalan berkaitan perkataan-perkataan yang meliputi terma teknikal dan bukan teknikal.

Akhbar LA Times yang memetik kaji selidik ini menunjukkan rasa kecewa tentang situasi ini yang mana turut menggambarkan tahap kualiti pendidikan seks dan komputer di Amerika Syarikat dewasa ini. Antara rumusan dari kaji selidik berkenaan mendapati;

  • 77% pengguna tidak dapat menjawab maksud singkatan SEO, yang membawa maksud kepada Search Engine Optimisation. Ia digunakan oleh para pentadbir laman web untuk mempromosikan laman web mereka pada enjin carian.
  • 27% pengguna menganggap Gigabit merupakan sejenis serangga dari benua Amerika Selatan. (Gigabit adalah unit ukuran kapasiti memori dan data)
  • 23% dari pengguna kaji selidik menyangkakan mp3 adalah robot di dalam filem Star Wars, sedangkan mp3 adalah format fail audio.
  • 18% menyamakan Blu-ray sebagai sejenis hidupan air. (Format cakera padat yang digunakan untuk menyimpan video berdefinisi tinggi)
  • 42% percaya motherboard adalah nama untuk dek pada kapal persiaran. Walhal, motherboard (papan induk) merupakan papan litar pada komputer yang berperanan penghubung utama yang menyambungkan perkakasan-perkakasan sesebuah sistem komputer.
  • 5% pengguna lagi mendakwa ”software” merupakan sejenis pakaian yang selesa dipakai.
  • Menurut 12% dari pengguna mendakwa USB adalah singkatan kepada sebuah negara di benua Eropah. (USB adalah singkatan kepada Universal Serial Bus dan dikenali sebagai sejenis teknologi penyambungan antara peranti)

Walaupun terdapat jawapan-jawapan yang salah dikalangan pengguna yang memberikan maklum balas, 61% dari responden mengakui bahawa pemahaman yang bagus terhadap teknologi merupakan seseuatu yang amat penting dalam kehidupan hari ini.

-Sumber berita diperoleh dari LA Times

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.