Android 6.0 Marshmallow seperti mana yang diuar-uarkan ketika pelancarannya tempoh hari menyatakan bahawa ia dilengkapi dengan fungsi terjemahan teks secara terus pada aplikasi tersebut dan perlu melihat rujukan pada aplikasi lain.
Halangan bahasa kian diruntuhkan melalui aplikasi-aplikasi pada peranti pintar.
Untuk menggunakannya, pengguna yang bakal menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow perlu memuat turun aplikasi Translate dari Google terlebih dahulu. Namun, anda tidak perlu pun untuk membukanya jika ingin menggunakan fungsi terjemahan tersebut.
Pengguna hanya perlu terus ke aplikasi berkenaan dan boleh menggunakan fungsi terjemahannya sudah sedia untuk digunakan di dalamnya. Misalnya, katakan pengguna ingin menggunakan aplikasi TripAdvisor, pengguna hanya perlu highlight pada teks yang ingin diterjemahkan. Seterusnya melalui toolbar yang terapung di atas teks tersebut, pengguna boleh memilih fungsi Translate. Terjemahan akan muncul secara pop-up terus pada aplikasi berkenaan.
Lebih dari 90 bahasa yang boleh diterjemahkan dan fungsi pada Android 6.0 Marshmallow ini turut hadir pada aplikasi-aplikasi seperti TripAdvisor, LinkedIn dan Whatsapp.
Menurut Google, lebih dari 500 juta orang menterjemah lebih dari 100 billion perkataan setiap hari di Google Translate.
Awal tahun ini, Google mengemaskini aplikasi Translate dengan kemampuan menterjemah dua bahasa secara serentak yang membolehkan dua individu berlainan bahasa berkomunikasi dengan bahasa masing-masing. Pada kemaskini tersebut fungsi Word Lens diperkenalkan untuk membolehkan pengguna menterjemah perkataan pada papan tanda dan poster dengan menggunakan kamera telefon pintar.
–Sumber berita diperoleh dari Google Translate Blogspot