Laporan terkini dari Pejabat Akauntabiliti Kerajaan America Syarikat (US Government Accountability Office, GAO) menyatakan bahawa kebanyakan persenjataan nuklear Amerika Syarikat masih lagi menggunakan diurus dan dikawal oleh sistem komputer era 70’an yang masih lagi menggunakan cakera liut (floppy disk atau disket) 8-inci.
Menurut laporan berkenaan, Jabatan Pertahanan (Department of Defense, DOD) mengkoordinasi fungsi pengoperasian angkatan nuklear Amerika Syarikat yang merangkumi misil balistik antarabenua, pesawat pengebom nuklear, dan pesawat sokongan pengisi bahan api melalui sistem komputer lapuk. Hal ini disebabkan sistem komputer berkenaan didatangkan bersama-sama projek pertahanan yang telah disiapkan pada dekad 1970’an dahulu.
Sebanyak USD61 billion diperuntukkan pada setiap tahun bagi menyelenggara sistem yang berteknologi lapuk berkenaan. Jumlah berkenaan dikatakan tiga kali ganda lebih tinggi dari bajet membangunkan sistem yang baru.
“This system remains in use because, in short, it still works, (Sistem ni kami pakai lagi sebab, senang cerita, ia masih elok lagi kan)” ujar jurucakap Pentagon Leftenan Kolonel Valerie Henderson kepada pemberita agensi AFP.
Untuk korang yang belum tau, floppy disk 8-inci hanya mempunyai memori sebanyak 237.25KB sahaja. Kecik sangat, nak simpan satu gambar copy dari handset pun belum tentu lepas.
Bagaimanapun, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat kini sedang mempertingkatkan sistem komputernya secara berperingkat dan dijangkakan sistem storan menggunakan cakera liut akan digantikan menjelang penghujung 2017.
Masalah penggunaan sistem komputer lapuk bukan sahaja melibatkan Jabatan Pertahanan sahaja, malah turut melibatkan jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Perbendaharaan dan lain-lain.
Bila guna sistem komputer lama ni, bahasa pengaturcaraan (programming) yang digunakan juga mestilah jenis lama. Jadi, tak hairan lah kalau jabatan-jabatan kerajaan di Amerika Syarikat masih lagi gunakan programming lama macam COBOL atau FORTRAN.
–Sumber berita diperoleh dari Newsweek, Imej diperoleh dari iGuru