Utama Komputer HP HP Malaysia lancarkan Chromebook X360 11 G3; Kini ditawarkan dengan harga Promosi...

HP Malaysia lancarkan Chromebook X360 11 G3; Kini ditawarkan dengan harga Promosi RM 1,299

888
0

HP Malaysia baru-baru ini telah melancarkan laptop HP Chromebook X360 11 G3 ke pasaran tempatan. Laptop ini menampilkan bentuk boleh tukar (convertible) dengan cip pemprosesan Intel dan sistem operasi Chrome OS.

Oleh kerana sifatnya yang boleh tukar, laptop ini mempunyai engsel 360-darjah yang membenarkannya untuk digunakan seperti laptop biasa atau seperti sebuah tablet dengan cagak.

Laptop ini juga menampilkan paparan berskrin sesentuh IPS 11.6-inci beresolusi 1366 x 768. Paparan ini juga mempunyai sokongan penggunaan pena Stylus HP Wacom EMR. Turut disediakan pada sebelah paparannya ialah kamera berintegrasi HD 720p untuk tujuan panggilan video seperti Google Meet.

Kuasa pemprosesan laptop ini menggunakan Intel Celeron N4020 dengan grafik berintegrasi Intel UHD Graphics 600 dan sokongan Intel Turbo Boost. Ia juga bergandingan dengan RAM LPDDR4-2400 MHz dan storan dalaman eMMC 32GB.

Menurut HP, peranti ini boleh digunakan untuk tempoh yang panjang melalui bateri terbina dalam HP Long Life 2-cell 47Wj. Bateri ini juga menyokong pengecasan pantas 45W melalui port USB-C.

Bercakap mengenai port, laptop ini juga hadir dengan dua port USB-C 3.1 dan dua USB-A 3.1. Selain menyediakan pembesar suara stereo dan mikrofon terbina dalam, laptop ini juga menyediakan bicu kombo fon kepala dan mikrofon 3.5mm.

HP Chromebook x360 G3 11 didatangkan dengan warna Chalkboard Gray dan kini boleh didapati pada harga promosi RM 1,299 untuk tempoh yang terhad. Harga asal bagi peranti tanpa promosi ini adalah RM 1,499. Anda boleh mendapatkan laptop ini melalui kedai dalam talian rasmi HP Malaysia atau melalui Lazada dan juga Shopee.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.