Utama Android Honor HONOR X9c Smart, X5b Plus telah disenaraikan harganya oleh peniaga menjelang pelancarannya

HONOR X9c Smart, X5b Plus telah disenaraikan harganya oleh peniaga menjelang pelancarannya

142
0

HONOR akan melancarkan dua buah model telefon pintar baharunya ke pasaran Malaysia, X9c Smart dan X5b Plus. Ia merupakan model harga mesra bajet dari siri X dan beberapa peniaga tempatan telah pun menyenaraikan harga jualannya.

HONOR X5b Plus

HONOR X5b Plus pula berharga RM429 dengan RAM 4GB dan storan 128GB bersama-sama warna yang ditawarkan biru, ungu dan hitam. Ia menampilkan paparan LCD 6.56-inci 720p dengan kadar penyegaran semula skrin 90Hz dan kecerahan puncak 530 nits.

Pemprosesannya pula merupakan MediaTek Helio G63 bersama-sama bateri berkapasiti 5,200mAh dan sokongan pengecasan 10W. Telefon pintar peringkat pemula ini menawarkan kamera utama 50MP dengan sensor berkedalaman, serta kamera hadapan 5MP.

Seterusnya, HONOR X9c Smart pula disenaraikan pada harga jualannya RM1,099 untuk RAM 8GB dan storan 256GB dengan warna pilihannya putih dan cyan. Telefon pintar yang dijadualkan akan dilancarkan pada 11 Disember ini hadir dengan skrin LCD rata 6.8-inci 1080p dengan kadar penyegaran semula 120Hz, kecerahan puncak 850 nits dan mempunyai ketahanan dari segi air, jatuhan dan kesan calar.

Untuk pemprosesannya, ia akan dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 7025 bersama-sama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia menggunakan bateri 5,800mAh dengan pengecasan 35W. Dari segi fotografi, ia dilengkapkan dengan kamera 108MP bersama-sama sokongan OIS.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.