Bersama-sama pelancaran HONOR X9a di Kuala Lumpur baru-baru ini, HONOR turut memperkenalkan sebuah lagi model telefon pintar keluaran terbarunya HONOR X7a. Menampilkan skrin LCD FullView 6.74-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz, telefon pintar ini mula dijual di Malaysia pada 6 Januari 2023.
Skrin telefon pintar ini juga menawarkan resolusi 1600 x720 piksel bersama-sama nisbah skrin-ke-badan 90.07%, warna 16.7 juta dan memiliki persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland.
Pada bahagian belakangnya disediakan gabungan kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 5MP dan kamera berkedalaman 2MP. Tidak ketinggalan, pada hadapannya disediakan satu kamera 8MP yang boleh digunakan bagi tujuan swafoto atau panggilan video.
HONOR X7a juga dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G37 yang dipadankan dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Turut disedakan satu slot kad mikroSD yang boleh menyokong sehingga 1TB.
Dari segi baterinya pula, telefon pintar ini dikatakan mampu mencapai penggunaan selama 3 hari setengah melalui kapasiti 6,000mAh. Ia juga menyokong pengecasan HONOR SuperCharge 22.5W.
Selain dari itu, HONOR X7a juga menyokong Bluetooth 5.1, pengimbas cap jari pada bahagian belakangnya, USB-C, dwi-SIM, Android 12 melalui Magic UI 6.1 dan pilihan warna Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black.
Harga HONOR X7a di Malaysia
Di Malaysia, HONOR X7a dijual pada harga RM799 dan boleh didapati di pasaran bermula 6 Januari 2023 menerusi kedai dalam talian HONOR, wakil pengedar yang sah dan juga kedai rasminya di Lazada dan Shopee. Bersempena pelancarannya, pembelian HONOR X7a turut didatangkan bersama-sama cenderamata percuma bernilai RM168 dalam bentuk Vacuum Mug dan waranti tambahan 1+1 selagi stok masih ada.