Utama Android Honor HONOR Magic Vs menang Anugerah iF Design 2023 untuk Inovasi dan Rekaan...

HONOR Magic Vs menang Anugerah iF Design 2023 untuk Inovasi dan Rekaan Cemerlang

223
0
HONOR Magic Vs iF Design Award 2023

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2023 – HONOR bangga mengumumkan HONOR Magic Vs telah menerima Anugerah iF Design 2023 berprestij disebabkan rekaan inovatif dan pembuatan yang cemerlang. Pengiktirafan ini membuktikan usaha tanpa lelah HONOR mencapai kejayaan dalam inovasi dan rekaan. 

Alami Revolusi Telefon Boleh Lipat

HONOR Magic Vs mencipta fenomena dalam dunia peranti mudah alih kerana merupakan telefon boleh lipat berkuasa dan mampu milik dengan 100% respons positif daripada pelanggan di seluruh Malaysia.

Peranti ini dimuatkan 12GB RAM dan penstoran 512GB, sesuai bagi pengguna yang mencari telefon boleh lipat yang bergaya. Miliki HONOR magic Vs sekarang pada harga RM 5,999 bagi versi 12GB + 512GB dan alami revolusi telefon boleh lipat dengan bergaya.

HONOR Magic Vs: Hadiah terbaik untuk ibu

Sempena Hari Ibu, hadiahi ibu anda HONOR Magic Vs, telefon boleh lipat elit dengan ciri-ciri unik. Tawaran eksklusif sempena Hari Ibu ini juga termasuk pelan ansuran 0% bermula dari RM8.20 sehari serta 0% faerah dan yuran proses sehingga 24 bulan. Hadiah mewah ini pasti mengembirakan ibu. Berikut sebab HONOR Magic Vs paling sesuai untuk ibu.

Tanpa jurang – Tanpa bimbang

Ramai wanita terutamanya golongan ibu suka meletakan banyak barang dalam beg tangan. Namun jangan risau, Skrin HONOR Magic Vs tidak mudah rosak kerana tidak mempunyai jurang dan ini dapat menghalang objek kecil termasuk ke dalam peranti tersebut. Menariknya, HONOR Magic Vs satu-satunya telefon boleh lipat di Malaysia yang menyediakan penggantian retak dua skrin selama 180 hari.

Bateri Tahan Paling Lama

HONOR Magic Vs mempunyai badan nipis dan ultra ringan selain jangka hayat bateri paling lama dalam pasaran. Ini membolehkan ibu berhubung, menonton video YouTube atau melayari sepanjang hari dengan hanya sekali pengecasan! Ibu anda pasti berpuas hati!

Paparan Malam Sirkadia

Sayangi mata ibu anda. Skrin HONOR Magic Vs lebih besar dan lebih baik kerana berupaya melindungi mata menerusi Paparan Malam Sirkadia. Ibu anda tiada masalah layari HONOR Magic Vs sehingga lewat malam.

Dapatkan HONOR Magic Vs dan menangi ganjaran tiga kali ganda!

HONOR Magic Series Exclusive Reward KVKepada peminat HONOR di luar sana, ini masa untuk anda terbang! Miliki HONOR Magic Vs dan menangi 7,000 mata ganjaran Enrich! Tebus mata ganjaran untuk akses masuk ke Malaysia Airlines Golden Lounge yang mewah atau tiket penerbangan domestik. Berikut langkah menyertai peraduan tersebut:

Cara penyertaan:

  1. Dapatkan Siri HONOR Magic baharu. 
  2. Rakam imej atau video tentang Siri HONOR Magic terbaharu (terpakai untuk HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro, dan HONOR Magic Vs). Kongsi sebab anda sukakan peranti tersebut, siarkan dalam Facebook / Instagram dan tag 2 rakan anda.
  3. Sertakan tanda pagar #HONORMagicSeriesEnrich (pastikan akaun anda dibuka untuk umum)

Penyertaan akan ditutup pada 31 Mei 2023. Maklumat lanjut tentang Enrich dan peraduan tersebut boleh layari: https://bit.ly/HONORXEnrich 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.