Utama Android Honor HONOR bekerjasama dengan Google membawakan AI generatif untuk Telefon Pintarnya yang akan...

HONOR bekerjasama dengan Google membawakan AI generatif untuk Telefon Pintarnya yang akan datang

151
0
HONOR Partners Google Vivatech 2024

Hampir kesemua pengeluar telefon pintar utama dunia telah mengumumkan rancangan untuk menyertakan kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) ke dalam produk keluaran masing-masing. Kini, tiba giliran HONOR pula mengumumkan pelaksanaan tersebut pada telefon pintar keluarannya yang akan datang.

Menerusi acara VivaTech, salah satu acara teknologi dan inovasi terbesar di Eropah, HONOR telah mengumumkan untuk membawakan sokongan AI generatif ke telefon pintarnya yang akan datang dengan kerjasama Google.

HONOR menyatakan akan melaksanakan sokongan tersebut dengan memanfaatkan perkhidmatan Google Cloud bagi memberikan pengguna kecerdasan dan inovasi tahap baharu, selain perlindungan privasi yang diperkasakan. Telefon pintar yang bakal diperkenalkan dengan sokongan tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan lagi.

Bagi meningkatkan perlindungan privasi tersebut, HONOR memaklumkan Senibina AI Empat Lapisan (Four-Layer AI Architecture) yang diintegrasikan ke dalam antaramuka MagicOS. Cross-device dan Cross-OS AI merupakan lapisan pertama di dalam empat lapisan tersebut dan bertanggungjawab untuk perkongsian kuasa perkomputeran dan perkhidmatan antara peranti dan sistem operasi.

Seterusnya, lapisan AI peringkat Platform menjanjikan untuk membenarkan interaksi manusia-komputer berasaskan niat dan peruntukan sumber yang diperibadikan. Lapisan ketiga, AI peringkat App menguruskan semua aplikasi AI generatif yang akan membawakan nilai kepada pengalaman kepenggunaan. Akhir sekali, lapisan Antaramuka ke perkhidmatan Cloud AI menyediakan pengguna dengan akses mudah ke perkhidmatan awanan sambil memaksimumkan perlindungan privasi.HONOR 200 AI portrait master

Selain dari pengumuman berkaitan AI, HONOR turut mengumumkan siri HONOR 200 akan diumumkan di Eropah pada 12 Jun ini. Telefon-telefon ini akan memfokuskan pada ciri kamera seperti pengalaman Portrait yang dipertingkatkan AI. HONOR siri 200 akan dikuasakan oleh MagicOS 8.0 yang membawakan sejumlah ciri-ciri AI yang diperkenalkan dalam minggu ini.

HONOR juga mengesahkan rancangannya untuk menerbitkan MagicOS 8.0 ke telefon pintar HONOR Magic V2 dan HONOR 90 dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.