Utama Android Honor Honor 50 Lite akan memasuki pasaran Malaysia 25 Nov, Berharga RM999

Honor 50 Lite akan memasuki pasaran Malaysia 25 Nov, Berharga RM999

Menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 662 dan kamera utama 64MP.

82
0
Honor-50-Lite-Malaysia-1

Honor Malaysia telah mengumumkan Honor 50 Lite akan hadir ke pasaran tempatan tidak berapa lama lagi. Tidak seperti adik-beradiknya yang lain, model ini lebih mirip rupanya dengan Huawei nova 8i yang dilancarkan pada Julai lalu.

Telefon pintar ini menampilkan paparan LCD IPS 6.67-inci beresolusi 1080×2376 piksel. Terdapat juga sensor cap jari pada sebelah sisinya, bersama-sama bicu audio 3.5mm, dan port USB-C untuk tujuan pemindahan data dan pengecasan.

Dari segi perisiannya, seperti siri telefon Honor terkini, telefon pintar ini didatangkan dengan antaramuka Magic UI 4.2 berasaskan Android 11. Ini seterusnya membolehkan telefon ini menyokong perkhidmatan dan aplikasi Google Mobile Services.

Melalui cipset Qualcomm Snapdragon 662, telefon ini hadir dengan RAM berkapasiti 8GB dan storan dalaman 128GB. Bagaimanapun, ia tidak menyediakan sokongan storan tambahan seperti slot kad mikro SD.Honor-50-Lite-Malaysia-Bateri

Bateri berkapasiti 4,300mAh disediakan bagi telefon pintar ini yang juga menyokong pengecasan pantas 66W. Dikatakan, Honor 50 Lite mampu dicaskan sehingga 40% kapasitinya dalam tempoh 10 minit sahaja.

Pada bahagian bulatan unik pada permukaan belakangnya, ditempatkan sistem kuad-kamera bagi telefon pintar ini. Ia mengandungi sensor utama 64MP, sensor ultra lebar 8MP, sensor makro 2MP dan sensor berkedalaman 2MP. Pada sebelah hadapannya pula ditempatkan sebuah kamera 16MP.

Honor 50 Lite dijangka akan hadir ke pasaran Malaysia pada 25 November ini dengan harga jualan RM999. Terdapat tiga warna pilihan yang ditawarkan iaitu Deep Sea Blue, Space Silver, dan Midnight Black.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.