Utama Apple Apple mengumumkan Program Baik Pulih Sendiri, Self Service Repair

Apple mengumumkan Program Baik Pulih Sendiri, Self Service Repair

Sesuatu yang mengejutkan hadir dari Apple, tetapi disambut dengan baik oleh penggunanya, mengambil kira pendirian Apple yang menentang gerakan 'Right to Repair'.

519
0

Apple sebelum ini diketahui menentang gerakan Right to Repair, yang membenarkan penggunanya membaiki di mana sahaja selain dari Apple.

Baru-baru ini, dilaporkan Face ID pada iPhone 13 tidak akan berfungsi jika skrinnya digantikan oleh pihak ketiga walaupun menggunakan komponen asli.

Pun begitu, masalah tersebut telah diselesaikan menerusi kemaskini baharu. Langkah ini juga seiring dengan pengumuman program baik pulih sendiri, Self Service Repair.

Program ini bukan sekadar Apple membetulkan kembali fungsi yang sengaja dimatikan jika pembaikan dilakukan oleh pihak ketiga. Malah, Apple sendiri akan menghantar komponen asli Apple, alatan dan juga manual kepada anda.

Oleh yang demikian, langkah ini amat membantu pengguna-pengguna yang mempunyai kemahiran untuk membaiki sendiri peranti Apple mereka. Ini juga membolehkan pengguna lain untuk menghantar ke kedai-kedai baik pulih Apple pilihan mereka sendiri tanpa masalah.

Program Self Service Repair ini akan bermula dengan pembaikan yang melibatkan paparan, bateri dan kamera untuk iPhone 12 dan 13. Ia kemudiannya akan disusuli oleh Mac M1 dan akan dimulakan di Amerika Syarikat sepanjang tahun 2022.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.