Utama Mobile Aplikasi WhatsApp sedang membangunkan Aplikasi baharu untuk Windows dan macOS

WhatsApp sedang membangunkan Aplikasi baharu untuk Windows dan macOS

Platform permesejan popular ini dikatakan sedang membangunkan versi aplikasinya yang khusus untuk Windows dan macOS

80
0

Kehadiran WhatsApp pada komputer sudah agak lama dan ia merupakan aplikasi khusus untuk peranti mudah alih yang diadaptasikan ke desktop. Berdasarkan sumber, platform permesejan popular berkenaan sedang membangunkan aplikasi baharu khusus untuk Windows dan macOS.

Laman Aggiornamenti Lumia telah berkongsikan tangkapan layar dan imej gif yang menunjukkan rupa perisian berkenaan dengan fungsi utamanya.

WhatsApp versi Universal Windows Platform (UWP) berkenaan dikatakan boleh digunakan pada Xbox selain rekaannya selari dengan Windows 11. Aplikasi berkenaan juga masih lagi berjalan walaupun telah ditutup pengguna dengan notifikasinya muncul seperti biasa.

Aplikasi berkenaan juga dilaporkan akan menawarkan fungsi melukis yang boleh dimanfaatkan sebaiknya pada peranti dengan skrin sesentuh.

Untuk tetapan pula, ia akan dibahagikan kepada enam kategori iaitu General, Account, Chats, Notifications, Storage, Help. Aplikasi berkenaan juga kelihatan amat mirip dengan Skype, namun dibezakan sedikit pada rekaan ratanya dan warna hijau yang seperti biasa digunakan.

WABetaInfo juga menambah, versi baharu ini akan turut hadir pada macOS dengan perubahan baharu ini akan menyediakan penambahbaikan pada paparan antaramuka pengguna. Setakat ini tiada sebarang makluman mengenai bilakah ia sedia untuk dilancarkan kepada pengguna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.