Baru-baru ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah berkongsikan data mengenai kualiti perkhidmatan kurier. Berdasarkan data yang dikumpulkan dari penghujung 2019 hingga 2020, SKMM mendapati terdapat kemerosotan dari segi kualiti yang ditawarkan.

Purata masa penghantaran didapati telah menjadi semakin lambat, dari 2.1 hari kepada 4.6 hari. Selain itu, sebanyak 86% dari jumlah aduan telah direkodkan meliputi kehilangan barang, lewat menerima barang dan juga layanan buruk.

Turut dinyatakan, kadar keuntungan syarikat kurier juga semakin berkurangan walaunpun jumlah penghantaran semakin bertambah kebelakangan ini. Justeru, secara tidak langsung menunjukkan terdapat sesuatu yang tidak kena di dalam industri ini.

Dalam pada masa yang sama, kerajaan telah memperkenalkan pelan baharu yang dinamakan sebagai Pelan PAKEJ (Pelan Accelerator Kurier Negara). Menerusi pelan ini lebih banyak Pusat Pungutan dan Serahan (PUDO) akan diperkenalkan, serta menggalakkan perkongsian aset antara syarikat kurier.

Pihak kerajaan juga akan merombak syarat lesen operasi, kenderaan penghantaran yang  lebih ekonomi, dan pematuhan kepada piagam tempoh penghantaran. Turut diberi penambahbaikan adalah penawaran insuran dan mengadakan perkhidmatan premium.

Pengeluaran lesen kurier baharu juga telah dibekukan untuk tempoh dua tahun oleh SKMM sejak dari tahun lepas. Langkah ini dibuat bagi menumpukan penyelesaian dan pelaksanaan pelan tersebut sebelum tawaran lesen kurier kembali dibuka.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.