Utama Microsoft Harga Langganan Microsoft 365 Family Naik kepada RM45 sebulan bermula 1 Julai...

Harga Langganan Microsoft 365 Family Naik kepada RM45 sebulan bermula 1 Julai ini

71
0

Pelanggan suit produktiviti Microsoft 365 Family baru-baru telah menerima emel pemakluman berkenaan kenaikan harga langganan perkhidmatan tersebut. Harga langganan Microsoft 365 Family yang sebelum ini cuma RM36 sebulan akan dinaikkan kepada RM45 sebulan, menurut laporan dari Amanz.

Dari Microsoft melalui Amanz

Kenaikan yang bermula pada 1 Julai 2024 ini dikatakan berlaku disebabkan oleh “perubahan pada keadaaan pasaran.” Turut dinyatakan di dalam emel pemakluman tersebut, Microsoft menjelaskan kenaikan harga ini perlu bagi “mengekalkan tahap mutu perkhidmatan dan produk yang dikehendaki oleh pelanggan.”

Berdasarkan tangkapan layar yang dikongsikan, alamat emel tersebut menunjukkan langganan bulanan untuk pelan Microsoft 365 Family. Terdapat pilihan pembayaran untuk langganan secara tahunan, namun tidak dapat dipastikan sama ada perubahan yang sama ini turut berlaku. Laman web rasmi Microsoft pada ketika ini juga belum menunjukkan perubahan harga tersebut.

Selain pelan Microsoft 365 Family, perkhidmatan yang menawarkan aplikasi Office seperti Word, Excel dan Power Point ini juga menawarkan pelan Microsoft 365 Personal. Buat masa ini pelan Personal masih lagi kekal dengan harga yang sama iaitu RM27.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.