ASUS secara rasminya telah mengumumkan konsol permainan mudah alih ROG Ally X setelah maklumat mengenai spesifikasinya telah ditiriskan oleh warga internet di seluruh dunia.
Konsol permainan mudah alih ini menggunakan pemprosesan AMD Ryzen Z1 Extreme bersama-samam paparan FHD 7-inci. ASUS juga telah meningkatkan kapasiti dan juga frekuensi RAM konsol ini dari 16GB LPDDR5-6400MHz kepada 24GB LPDDR5X-7500MHz. Malah kapasiti baterinya juga dipertingkatkan dari 40Wj kepada 80Wj.
Kapasiti storannya turut digandakan dari 512GB kepada 1TB menggunakan sambungan terbina dalam PCIE 4.0. Pengumuman rasminya di YouTube turut menunjukkan ASUS tidak lagi menggunakan penyambung eGPU XG Mobile, dan menggantikannya dengan dua port USB-C. Salah satu daripada port tersebut merupakan USB 3.2 Gen2 dengan satu lagi adalah USB 4.
Penggantian dengan port USB tersebut dijangka masih lagi mampu menawarkan sokongan penggunaan eGPU disamping mampu menawarkan sambungan konsol tersebut dengan monitor luaran dan juga untuk pengecasan.
Meet the new #ROGAllyX π
β Improved ergonomics
β Double the battery
β Larger 1TB M.2 2280 storage
β Faster 24GB LPDDR5X RAM
β US$799Available for pre-orders now!
Learn moreπhttps://t.co/COigmrnVjc pic.twitter.com/DllriG9Irx— ROG Global (@ASUS_ROG) June 2, 2024
Sungguhpun tidak menyebutkan dengan jelas di dalam pengumumannya, ASUS pernah menyatakan komponen dalaman Allyx X telah disesuaikan bagi mengelakkan isu slot kad mikroSD menjadi telalu panas seperti yang berlaku pada model Ally yang pertama.
ASUS ROG Ally X kini sedia untuk dipra-tempah dengan harga jualannya US$799 (~RM3,791).