Astro baru-baru ini telah melancarkan pakej hiburan baharu – Astro One yang kini menawarkan pilihan untuk menaik taraf pelan langganan penstriman seperti Netflix dan Disney+ Hotstar.
Terdapat tiga pek yang ditawarkan oleh Astro One iaitu Entertainment Pack, Sports Pack dan Epic Pack. Untuk Epic Pack, anda juga ditawarkan dengan langganan Netflix, Disney+ Hotstar, Max, iQIYI dan banyak lagi.
Pelan untuk Netflix harganya masih lagi sama dengan menggunakan Astro One. Namun, untuk Disney+ Hotstar pula, harga langganan untuk pelan Basic dan Premium harganya lebih murah yang masing-masing RM18.30 sebulan dan RM33.00 sebulan berbanding dengan melalui Disney.
Selain itu, untuk Epic Pack, pelanggan boleh mempunyai pilihan untuk menaik taraf dari pelan Standard ke Premium pada tambahan harga langganan RM10 sebulan. Untuk iQiYi pula harganya masih lagi sama jika menaik taraf menerusi pakej ini. Bagaimanapun harga bagi kedua-dua pelannya lebih murah dari langganan secara terus iaitu RM8.90 sebulan dan RM12.90 sebulan.
Langganan Max yang disertakan menggunakan pelan Standard, cuma Astro masih belum menyatakan kos untuk pelanggan Epic Pack menaik taraf ke pelan Ultimate. Selain itu anda yang menggunakan Entertainment Pack atau Sports Pack boleh menaik taraf had pengguna serentak pada aplikasi Astro Go Plus dari dua ke empat pengguna dengan tambahan harga RM5.90 sebulan.