Utama Mobile Aplikasi DELIMa KPM; Platform Pembelajaran Digital Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Usahasama Google, Microsoft...

DELIMa KPM; Platform Pembelajaran Digital Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Usahasama Google, Microsoft & Apple

5091
0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru telah memperkenalkan Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Platform pembelajaran digital ini diberikan nafas baru khusus untuk guru, pendidik dan pelajar.

Pihak kementerian memaklumkan platform ini dibangunkan dengan usaha sama peneraju teknologi utama seperti Google, Microsoft dan Apple.

DELIMa menawarkan aplikasi dan perkhidmatan yang diperlukan oleh para guru dan pelajar sekolah-sekolah di Malaysia. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah Google Classroom, Office 365, dan Apple Teacher Learning Centre.

Tambah kementerian lagi, platform ini dibangunkan dengan tujuan menyediakan akses pembelajaran digital ke seluruh ekosistem teknologi disamping membolehkan aktiviti pembelajaran di buat di mana sahaja pada bila-bila masa. Pengenalan platform ini juga dijangka bakal membuka era transformasi digital baharu di Malaysia.

Setakat ini platform ini mempunyai pengguna aktif sekitar 1.7 juta pada setiap bulan, menjadikannya di antara gerakan nasional terbesar di dunia. Sebanyak 10,000 buah sekolah, 370,000 orang guru, and 2.5 juta pelajar telah berdaftar menerusi platform ini.

Bersempena pelancaran DELIMa, KPM turut menganjurkan webinar yang dihadiri oleh komuniti pendidik di Malaysia bagi membincangkan peranan penting teknologi dalam transformasi digital Malaysia.

Webinar ini menampilkan ucaptama oleh Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia Dr Habibah binti Abdul Rahim bersama-sama wakil rantau dari Google dan Microsoft dan seorang Apple Distinguished Educator.

Cara Log Masuk ke Platform DELIMa KPM

Platform Pembelajaran Digital ini dilihat amat penting terutamanya di saat kita semua berdepan dengan penularan wabak pandemik COVID-19. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasakan, sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) telah dilaksanakan.

Melaluinya, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malayia mampu memanfaatkan platform ini.

Guru-guru dan pelajar-pelajar dengan bimbingan ibu bapa boleh mengakses ke platform DELIMa KPM ini dengan cara berikut;

  • Layari laman https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
  • Klik pada butang log masuk, pilih ‘Use another account’ dan masukkan ID ‘moe-dl.edu.my’ dan kata laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah.
  • Seterusnya, paparan pilihan kategori pengguna akan dipaparkan – Murid, Guru dan Sekolah. Pilih mengikut kategori pengguna anda yang sesuai.
  • Misalnya, jika anda merupakan pengguna kategori murid, berikut adalah paparan halaman yang anda akan lihat pada platform DELIMa KPM anda.

Aplikasi percuma di dalam platform DELIMa KPM

Selain menyediakan Buku Teks Digital untuk kemudahan pembelajaran murid-murid, platform DELIMa KPM ini juga menyediakan pelbagai aplikasi secara percuma yang boleh dimanfaatkan.

Antara aplikasi-aplikasi percuma yang boleh digunakan oleh pelajar ialah;

  • Office 365 Education A1- Aplikasi web untuk Word, Excel, Power Point, OneDrive 1TB dan sebagainya
  • Google – Classroom, Meet, Docs, Sheet, Slideshow, Drive 1TB, Maps, Youtube dan sebagainya
  • Minecraft Education Edition
  • Canva
  • Wolfram Alpha
  • Kahoot

Anda juga boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai kaedah penggunaan DELIMa KPM untuk Google Classroom, Google Meet dan sebagainya dalam PdPR melalui pautan ini.

Diharapkan kita semua dapat memanfaatkan platform ini sebaiknya demi pendidikan anak-anak kita dan generasi akan datang ketika mendepani cabaran pandemik COVID-19 ini.

Artikel ini pertama kali ditulis pada 17 Jun 2020 dan dikemaskini pada 30 Jun 2021.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.