Google telah menarik keluar tujuh aplikasi-aplikasi mengintai dari Play Store. Sejumlah aplikasi-aplikasi berkenaan didapati menyamar sebagai aplikasi kononnya untuk digunakan menjejak pekerja atau anak-anak pengguna.
Namun realitinya, aplikasi berkenaan boleh digunakan untuk menjejaki sesiapa sahaja yang memasang aplikasi berkenaan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab. Untuk makluman, terdapat aplikasi-aplikasi berkenaan yang diantaranya telah dipasangkan sebanyak 130,000 kali.
Aplikasi ini bukan sekadar untuk menjejaki mangsa, ia juga boleh digunakan untuk memantau nombor kenalan, SMS dan rekod panggilan dari pihak ketiga. Sungguhpun ketujuh-tujuh aplikasi yang ditarik keluar ini kelihatan berbeza, ianya menggunakan modus operandi yang sama.
Bagaimanapun, aplikasi berkenaan perlu dipasang secara manual oleh pengintai pada peranti individu yang ingin diintainya. Selepas dipasang, aplikasi berkenaan akan meminta emel dan kata laluan aplikasi mengintai tersebut yang telah dipasangkan pada peranti si pengintai. Individu yang diintai boleh menyahpasang aplikasi berkenaan secara luarannya, namun elemen aplikasi berkenaan masih lagi berbaki di dalam peranti untuk diintai oleh si pengintai.
Penemuan aplikasi ini telah dibuat oleh sepasukan keselematan siber Avast pada minggu lalu dan telah melaporkannya kepada pihak Google. Pihak Avast mengesyaki ketujuh-tujuh aplikasi berkenaan dihasilkan oleh pembangun-pembangun dari Russia.
Sumber berita diperoleh dari Avast