Utama Google Google One kini mempunyai lebih dari 100 juta Pelanggan Berbayar

Google One kini mempunyai lebih dari 100 juta Pelanggan Berbayar

89
0

Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai telah mengumumkan Google One kini telah mempunyai lebih dari 100 juta pelanggan berbayar. Atas sebab itu, pihaknya kini menumpukan kepada usaha mengekalkan momentum berkenaan dengan memperkenalkan AI Premium Plan. Ia menampilkan model bahasa besar (LLM) buatan Google, Gemini AI yang baharu dilancarkan.

Pelan AI Premium Google One akan mempunyai ciri-ciri seperti Gemini Advanced dengan Gemini akan hadir ke Gmail, Docs dan sebagainya tidak lama lagi. Pelan AI Premium berkenaan juga akan berharga $19.99 sebulan, dengan pelan lain seperti Basic, Standard, dan Premium masing-masing berharga $1.99 sebulan, $2.99 sebulan, dan $9.99 sebulan.

Penawaran, harga, kelebihan dan ketersediaan untuk perkhidmatan Google One bagaimanapun berbeza mengikut pasaran masing-masing. Untuk pasaran Malaysia langganan pelan Gemini Advanced berharga RM97.99 sebulan dengan tawaran penggunaan secara percuma untuk dua bulan pertama.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.