Apple secara rasminya telah melancarkan tiga buah aplikasinya untuk Windows iaitu Apple Music, Apple TV dan Apple Devices. Langkah ini merupakan sebahagian daripada tindakan jangka panjang Apple menggantikan iTunes di dalam Windows supaya dapat diselaraskan dengan versi di dalam Mac.
Rudy Huyn, arkitek prinsipal untuk Microsoft Store telah mengumumkan pelancaran ketiga-tiga aplikasi berkenaan di X bersama-sama pautan ke aplikasi berkenaan di Microsoft Store.
A huge congratulations to our friends at Apple on the launch of Apple TV, Apple Music, and Apple devices for Windows. Always a pleasure working with you!
Apple TV: https://t.co/777Jcm96mm
Apple Music: https://t.co/kX4uELlrVC
Apple Devices:https://t.co/pXVDLVsMXY pic.twitter.com/qtZzJ1rZQU
— Rudy Huyn (@RudyHuyn) February 7, 2024
Rancangan untuk aplikasi tunggal Apple Music, Apple TV dan Apple Devices pertama kali telah diumumkan pada Oktober 2022. Versi pratontonnya telah pun dilancarkan pada Januari lalu dengan iCloud untuk Windows juga menerima kemaskini yang memperkenalkan petunjuk kemajuan untuk penyegerakan iCloud. Prom daftar masuk iCloud juga kini dikurangkan selain prestasi penyegerakannya juga dipertingkatkan.
Sungguhpun kesemua aplikasi ini bertujuan mengambil alih peranan iTunes di dalam komputer Windows, terdapat beberapa fungsi yang hanya wujud pada aplikasi lama tersebut. Antaranya fungsi memainkan pod siar dan buku audio dari Apple. Tidak dapat dipastikan jika Apple kelak akan memperkenalkan fungsi tersebut sebagai aplikasi yang berasingan.