Utama Mobile Aplikasi Google Chrome 91 kini 23% lebih pantas; Guna pengkompil JavaScript baharu, pengoptimasian...

Google Chrome 91 kini 23% lebih pantas; Guna pengkompil JavaScript baharu, pengoptimasian memori

526
0

Google baru-baru ini telah menerbitkan versi terkini pelayarnya dengan menyertakan pengkompil JavaScript baharu untuk enjin Javascript V8 di dalam Chrome yang dinamakan sebagai Sparkplug.

Penambahbaikan ini mempu memberikan pengalaman kepenggunaan laman web yang lebih pantas dengan memberikan peningkatan prestasi sebanyak 23%.

Sparkplug merupakan sebahagian dari Chrome 91 yang diterbitkan bersama-sama kemaskini keselamatan. Perubahan baharu ini juga meningkatkan keupayaan enjin Javascriptnya, V8.

Microsoft juga bergantung pada V8 buat masa ini selepas menamatkan penggunaan enjin Javascript Chakra yang digunakan pada Edge versi lapuk.

Selepas Microsoft beralih ke Chromium untuk membangunkan pelayar Edge baharu, syarikat pengeluar Windows berkenaan juga telah beralih ke enjin V8. Dalam masa yang terdekat ini, Microsoft juga akan menyediakan penambahbaikan baharu pada pelayarnya melalui Edge 91.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.