TM kembali lagi dengan promosi pelan Unifi Mobile 99 pada harga RM 59 sebulan. Pelan data dan panggilan tanpa had ini ditawarkan khusus bagi anda yang mendaftar secara kontrak untuk 12 bulan.

Selain menawarkan penggunaan data dan membuat panggilan tanpa had, pelan ini juga menawarkan penghantaran SMS tanpa had. Turut diberikan bersama kuota hotspot sebanyak 10GB untuk setiap bulan.

Anda yang melanggan pelan ini juga boleh mendapatkan akses percuma WiFi@Unifi di lebih 8000 lokasi di seluruh Malaysia.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan pelan ini, promosi ditawarkan bermula dari Mei ini sehingga tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.