Game Workers Unite, sebuah kesatuan sekerja pembangun permainan digital menggesa Activision Blizzard memecat Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bobby Kotick. Gesaan ini dibuat berikutan tindakan memberhentikan hampir 800 orang pekerja Activision Blizzard disebabkan oleh prestasi kewangan semasa yang lemah.
Kenyataan dari Game Workers Unite ini telah dikongsikan melalui satu untaian kicauan di dalam akaun Twitternya. Selain dari isu pemberhentian pekerja ini, untaian kicauan tersebut turut menceritakan lebih lanjut hal-hal dalaman lain Activision Blizzard.
Upending 800 workers’ lives while raking in millions in bonuses for you and your c-suite buddies isn’t leadership, it’s theft.
We, the workers of Activision and their friends, have had enough. Join us in saying that it’s time to #FireBobbyKotick. ✊🏿✊🏽✊🏾
— Game Workers Unite ✊🏿✊🏽✊🏾 GDC (@GameWorkers) February 13, 2019
Antaranya termasuklah maklumat mengenai bayaran sebanyak emolumen US$30 juta (lebih kurang RM122 million) setahun kepada Bobby Kotick’.
Perkara ini telah dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada mendiang Satoru Iwata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Nintendo yang memotong gajinya sendiri bagi membolehkan syarikatnya menggajikan pekerja-pekerja bawahannya.
Not convinced Kotick’s leadership is anything but greedy and exploitative?
Iwata, as CEO of Nintendo, cut his own pay during times of trouble to ensure no employees would lose their jobs.
And Activision saw record profits this year! They have no excuse. #FireBobbyKotick
— Game Workers Unite ✊🏿✊🏽✊🏾 GDC (@GameWorkers) February 13, 2019
Untaian kicauan tersebut turut menyatakan tindakan memberhentikan pekerja bawahan atas sebab ingin membayar gaji pegawai atasan bakal meruntuhkan industri pembangunan permainan digital untuk jangka masa panjang.
Sumber berita diperoleh dari Variety