Utama Telco Astro 84 juta fail filem dan rancangan TV dimuat turun melalui BitTorrent oleh...

84 juta fail filem dan rancangan TV dimuat turun melalui BitTorrent oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun 2018 – Menteri

780
0

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Encik Gobind Singh Deo awal hari ini telah memaklumkan berkenaan angka aktiviti memuat turun kandungan-kandungan cetak rompak melalui aplikasi BitTorrent. Beliau berucap di Sidang Kemuncak Anti Cetak Rompak Kandungan Digital Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Coalition Against Piracy, Asia Video Industry Association, Astro, Media Prima, Dim Sum, dan iflix.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan sejumlah kira-kira 84 juta fail melibatkan filem-filem dan rancangan televisyen telah dimuat turun oleh pengguna internet di Malaysia melalui BitTorrent. Sungguhpun beliau tidak menyatakan sumber rujukan maklumat berkenaan, beliau menyatakan kekesalannya kerana aktiviti memuat turun kandungan cetak rompak ini memberikan kesan kerugian terhadap ekonomi negara dan industri media dan hiburan secara khususnya.

Beliau turut memberitahu industri media dan hiburan di Malaysia telah kehilangan nilai keuntungan sebanyak RM 1.05 billion bagi tahun 2016. Manakala pihak kerajaan pula telah kerugian sebanyak RM 157 juta dalam bentuk cukai disebabkan oleh kehilangan lebih kurang 1900 pekerjaan di dalam industri perfileman dan penyiaran. Data-data ini diperoleh berdasarkan analisis Astro terhadap PWC Global Media Outlook Report 2016, Comscore 2016, dan Oxford Economics 2014.

Sumber berita dan imej diperoleh dari KKMM

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.