Home Mobile Samsung perkenal Galaxy Watch Active ke Malaysia, harga RM799

Samsung perkenal Galaxy Watch Active ke Malaysia, harga RM799

622
0

Bersempena pelancaran dan roadshow Galaxy S10 di Malaysia, Samsung turut mengambil peluang memperkenalkan Galaxy Watch Active ke Malaysia. Harga peranti boleh-pakai yang seakan-akan seutas jam tangan ini berharga RM799.

Dari segi harga, jam tangan pintar ini menggunakan kuasa pemprosesan cipset Exynos 9110 bersama-sama RAM 768MB. Menyediakan paparan AMOLED berserta skrin berukuran 1.1-inci, Galaxy Watch Active menggunakan bateri berkapasiti 230mAh. Sungguhpun jam tangan pintar ini menggunakan sistem operasi Tizen4, ianya masih boleh diserasikan dengan peranti-peranti lain yang menggunakan Android mahupun iOS.

Memandangkan ianya adalah sebuah jam tangan pintar, sudah menjadi seperti suatu kewajiban untuknya menyediakan aplikasi kesihatan dan penjejak kecergasan. Oleh itu, Galaxy Watch Active turut menyediakan aplikasi-aplikasi seperti pemantau kadar denyutan jantung dan pemantau waktu tidur.

Samsung Galaxy Watch Active mula hadir ke pasaran Malaysia 8 Mac 2019 ini dan tarikh yang sama juga merupakan tarikh di mana Galaxy S10 mula dijual di pasaran Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari Samsung

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.