Home Mobile Android Huawei Nova 3i kini boleh dinaik-taraf ke Android Pie

Huawei Nova 3i kini boleh dinaik-taraf ke Android Pie

368
0

Huawei telah mengumumkan EMUI 9.0 kini sudah sedia dimuat-turun oleh pengguna-pengguna Nova 3i. Antaramuka yang berasaskan Android Pie ini telah pun menjalani fasa ujiannya sejak beberapa bulan yang lalu.

Pengguna-pengguna telefon pintar Huawei Nova 3i kini boleh membuat semakan pengemaskinian telefon pintar masing-masing untuk menikmati fungsi dan ciri-ciri terbaru yang diperkenalkannya.

Sebahagian penambahbaikan yang diperkenalkan oleh kemaskini EMUI 9.0 ini termasuklah optimasi antaramuka, fungsi GPU Turbo 2.0, fungsi Huawei Share, AI Gallery, bateri yang lebih jimat melalui pembelajaran mesin (machine learning) berintegrasi dan banyak lagi.

Cara untuk memuat turun kemaskini EMUI 9.0 ini adalah dengan pergi ke Settings > System > System Update> Ketik pada 3 titik pada penjuru kanan atas dan ketik “Download Latest Full Package”. Atau dengan menggunakan aplikasi Huawei HiCare untuk memuat turun kemaskini berkenaan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.