Utama Android Samsung Samsung dijangka menawarkan Galaxy S24 Ultra dengan kerangka Titanium

Samsung dijangka menawarkan Galaxy S24 Ultra dengan kerangka Titanium

45
0

Samsung Galaxy S24 Ultra seringkali diperkatakan akan menggunakan kerangka titanium berdasarkan desas-desus di kalangan warga maya. Ini berikutan terdapat ura-ura yang mengatakan gergasi elektronik dari Korea Selatan ini akan mengikuti jejak langkah iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Baru-baru ini khabar daripada Korea Selatan mengesahkan perkara tersebut. Penerimaan penggunaan kerangka titanium pada Galaxy S24 Ultra dikalangan pengguna kelak juga dikatakan akan menentukan keputusan sama ada Samsung akan memperluaskan ke model-model lain atau tidak.

Sebelum ini desas-desus mengatakan kerangka titanium akan digunakan pada semua siri Galaxy S24 merangkumi Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra. Namun, berdasarkan maklumat terkini ini, hanya model Ultra sahaja yang akan menggunakan kerangka tersebut.

Kebetulan Samsung dilaporkan akan membuat 15 juta kerangka titanium pada asalnya yang kebetulan sama dengan jumlah pengeluaran unit Galaxy S23 Ultra pada tahun ini.

Bagaimanapun, penggunaan kerangka titanium ini mungkin menyebabkan kos pengeluaran model berkenaan meningkat berbanding penggunaan kerangka aluminium seperti yang sedia ada.

Selain dari itu, laporan yang sama juga menyebut Galaxy S24 Ultra dijangka akan menawarkan skrin rata. Hanya kerangka luar sahaja yang diperbuat daripada titanium dengan kerangka dalamannya diperbuat daripada aluminium, sama seperti yang terdapat pada iPhone.

Imej pengolokan dari OnLeaks

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.