Utama Perkakasan Huawei EU, AS beri peringatan kepada Malaysia tentang risiko keselamatan dalam penglibatan Huawei...

EU, AS beri peringatan kepada Malaysia tentang risiko keselamatan dalam penglibatan Huawei untuk pelaksanaan 5G

600
0

NEW YORK, 2 Mei – Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat telah memberikan peringatan kepada Malaysia terhadap ancaman keselamatan dan pelaburan luar negara menjelang proses memuktamadkan penilaian pelaksanaan 5G di seluruh negara.

Proses ini dilihat bakal memberikan peluang kepada Huawei Technologies Co Ltd dari China membida pelaksanaan projek infratruktur telekomunikasi berkenaan, menurut laporan dari Financial Times (FT) hari ini.

Menurut laporan tersebut lagi, wakil kedutaan EU dan AS ke Malaysia juga pernah menghantar surat kepada pihak kerajaan pada April lalu. Ia berikutan langkah kerajaan untuk menyemak semula keputusan pemberian tender bernilai RM11 billion kepada Ericsson bagi membina rangkaian 5G negara.

Senior officials in Washington agree with my view that upending the existing model would undermine the competitiveness of new industries, stall 5G growth in Malaysia, and harm Malaysia’s business-friendly image internationally,” tulis Duta Besar AS ke Malaysia Brian McFeeters menerusi salah satu dari surat-surat tersebut.

Allowing untrusted suppliers in any part of the network also subjects Malaysia’s infrastructure to national security risks.

Pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia seringkali berdepan pelbagai cabaran seperti kebimbangan di kalangan pihak industri mengenai harga dan ketelusan pelaksanaannya. Selain itu, rangkaian borong tunggal (SWN) yang digunapakai juga dikhuatiri akan mewujudkan keadaan monopoli di pasaran oleh sesetengah pihak.

Huawei sebelum ini dilihat mempunyai potensi untuk mendapatkan kontrak tersebut dari kerajaan walaupun AS pernah memberikan peringatan mengenai risiko keselamatan berkait dengannya.

Huawei, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Delegasi EU ke Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Digital bagaimaanpun tidak memberikan respon segera kepada pihak Reuters mengenai perkara ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.