Home Komputer Epic Games Store tawar Permainan Komputer percuma setiap hari hingga akhir Disember

Epic Games Store tawar Permainan Komputer percuma setiap hari hingga akhir Disember

30
0

Epic Games Store lazimnya akan menawarkan satu permainan komputer percuma melalui platformnya seminggu sekali. Kali ini, sebagai tanda meraikan penghujung tahun 2020, EGS menawarkan satu permainan komputer percuma untuk setiap hari sehingga 31 Disember 2020.

Permainan untuk hari ini yang boleh dituntut sehingga jam 12 tengah malam ini adalah Metro 2033 Redux. Penawaran ini merupakan sesuatu yang menarik mengambil kira kualiti dan kepermainannya.

Bermula sejak 18 Disember lalu (waktu Malaysia), Epic Games Store pada hari pertama penawaran menyediakan permainan Cities: Skyline untuk dituntut secara percuma pada hari berkenaan.

Pada asalnya, pihak Epic tidak menyatakan senarai-senarai permainan percuma yang akan ditawarkan dan hanya memaklumkannya sebagai hadiah misteri.

Namun begitu, senarai ‘penuh’ permainan komputer percuma berkenaan didakwa telah tertiris dan dikongsikan di internet. Tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan senarai tersebut.

Apa yang pasti, bagi anda yang berminat untuk membuat tuntutan permainan-permainan percuma berkenaan boleh menadapatkannya menerusi platform Epic Games Store.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.