Home Android Xiaomi Siri Xiaomi Mi 11 bakal dilancarkan 28 Disember ini di China

Siri Xiaomi Mi 11 bakal dilancarkan 28 Disember ini di China

19
0

Xiaomi baru-baru ini telah mengesahkan tarikh pelancaran siri telefon pintar baharu Mi 11 di China. Siri ini dikatakan menjadi telefon pintar pertama yang menggunakan cipset mercu Qualcomm Snapdragon 888.

Pengumuman tarikh pelancaran ini dibuat Xiaomi menerusi laman rasminya di Weibo awal pagi semalam. Tidak banyak perincian mengenai telefon pintar ini melainkan hanya poster promosi yang menunjukkan tarikh pelancarannya.

Terdapat desas-desus yang mengatakan penampakan Xiaomi Mi 11 di khalayak. Menerusi foto yang tersebar, telefon pintar ini didakwa menampilkan tetapan tri-kamera bagi kamera utamanya. Menurut sumber, versi telefon pintar berkenaan dilengkapkan dengan sebuah lensa utama 50MP dan satu lensa 12MP.

Selain itu, terdapat sumber berbeza yang mengatakan versi Pro atau Ultra siri telefon pintar ini dilengkapkan dengan lensa 108MP pada kamera utamanya.

Segala desas-desus ini bakal diketahui kesahihannya menjelang tarikh pelancaran Xiaomi Mi 11 pada 28 Disember 2020 di China kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.