Utama Mobile Aplikasi eMadani: Tebus kredit eWallet RM100 bermula dari 4 Dis 2023 sehingga 20...

eMadani: Tebus kredit eWallet RM100 bermula dari 4 Dis 2023 sehingga 20 Feb 2024

443
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian secara one-off kredit eWallet RM100 yang diumumkan pada awal tahun ini boleh ditebus bermula dari 4 Disember tahun ini sehingga 20 Februari 2024.

Penebusan nilai kredit program eMadani ini melibatkan sejumlah 10 juta pengguna dewasa berusia 21 tahun dan ke atas melibatkan peruntukan berjumlah RM 1 billion.

eMadani merupakan inisiatif baharu kerajaan yang memberikan kredit eWallet bernilai RM100 kepada rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun dan ke atas berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun.

Pengumuman tersebut dibuat di Dewan Negara ketika Parlimen menggulung sesi perbahasan Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 13 Oktober lalu.

eWallet yang boleh digunakan untuk menebus kredit eMadani RM100

Terdapat empat eWallet yang boleh digunakan untuk menebus kredit RM100 berkenaan iaitu:

  • MAE
  • Setel
  • Shopee Pay
  • Touch ‘n Go eWallet

Apa yang boleh anda gunakan dengan kredit eMadani RM100?

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, kredit berkenaan hanya boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal sahaja. Oleh itu, aktiviti secara dalam talian seperti pemindahan, pembelian dan sebagainya tidak boleh dilakukan.

Siapa yang layak menebus kredit eMadani RM100?

Kredit ini disasarkan kepada individu yang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tahunan kurang dari RM100,000 (bersamaan kira-kira kurang daripada RM8,333 sebulan).

Program ini berasaskan dari program eBeliaRahmah yang sebelum ini ditawarkan kepada para belia yang berusia 18 hingga 20 tahun dalam bentuk kredit eWallet RM200 untuk ditebus menerusi Boost, Setel dan Touch ‘n Go.

Individu yang pernah menebus eBeliaRahmah tidak layak membuat penebusan kredit eMadani.

Maklumat lanjut, layari laman soalan lazim rasmi eMadani.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.