Utama Automotif Proton S70 Sedan dilancarkan secara rasminya; Harga bermula dari RM73,800

Proton S70 Sedan dilancarkan secara rasminya; Harga bermula dari RM73,800

124
0

Proton secara rasminya telah melancarkan S70, model kereta sedan baharunya setelah sekian lama tidak memperkenalkan segmen kenderaan tersebut.

Ia hadir dengan empat pilihan varian iaitu Executive, Premium, Flagship, dan Flagship X. Kesemuanya menawarkan konfigurasi luaran dan dalaman yang berbeza, namun masih kekal dengan enjin turbo 1.5L bersama-sama transmisi dwi-klac 7 kelajuan.

Untuk varian Executive, kereta sedan Proton S70 ini didatangkan dengan kerusi fabrik, lampu halogen dan enam beg udara. Manakala model Premium pula menampilkan lampu LED, baru lampu ekor, kerusi kulit, kamera pandang belakang, dan penghawa dingin automatik. Kedua-dua varian berkenaan turut disediakan bersama-sama rim aloi 16-inci dan sistem hiburan papan pemuka (IHU) bersaiz 8-inci.

Seterusnya untuk varian yang lebih tinggi tarafnya, Flagship dan Flagship X turut menawarkan beberapa ciri yang ditawarkan pada varian Premium dan Executive. Namun ditambah dengan pelbagai ciri kelebihan seperti rim 17-inci, IHU 12.3-inci dengan kluster instrumen digital 10.3-inci dan Sistem Pemanduan Terbantu Termaju (Advanced Driver Assistance System, ADAS).

ADAS mempunyai ciri-ciri yang membantu pemandu seperti brek kecemasan berautonomi, kawalan rondaan beradaptif dengan fungsi henti dan gerak, dan sokongan bantuan membawakan kenderaan ke tengah laluan yang betul.

Seperti yang dinyatakan tadi, kereta sedan baharu ini dilengkapkan dengan enjin tiga silinder berkuasa turbo 1.5L dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan.

Ia dikatakan mampu menghasilkan kuasa pada 148HP dan tujahan tork 226Nm, seterusnya membolehkan kereta ini memecut dari 0 kepada 100km/j dalam tempoh bawah 10 saat.

Menurut Proton, S70 menerima persijilan Kenderaan Berkecekapan Tenaga (Advanced Driver Assistance System, ADAS) oleh Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii). Ia juga mempunyai ciri keselamatan yang tinggi menerusi penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP. Antara ciri keselamatan yang disediakan olehnya termasuklah:

  • Pengecaman papan tanda jalan raya
  • Pemantauan titik buta
  • Pemberitahuan lintasan trafik belakang
  • Amaran pintu terbuka
  • Lampu tinggi automatik
  • Sistem pemantauan tekanan angin
  • Kamera 360 darjah

Harga Proton S70 di Malaysia

Kereta sedan Proton S70 baharu ini juga menerima perlindungan waranti selama 5 tahun tanpa had perbatuan bersama-sama enam kali sesi servis percuma. Khusus untuk Flaghship dan Flagship X, kedua-dua varian ini pula menerima pakej data percuma selama 5 tahun dengan kuota data 1GB.

Tempahan Proton S70 boleh dibuat dengan harga seperti yang tertera:

  • Executive – RM73,000
  • Premium – RM79,800
  • Flagship – RM89,800
  • Flagship X – RM98,800

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Proton.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.