Utama Mobile Android Eksekutif Huawei tolak kemungkinan untuk kembali semula ke Google Mobile Services

Eksekutif Huawei tolak kemungkinan untuk kembali semula ke Google Mobile Services

534
0

Sudah terang lagi bersuluh Huawei telah tidak dibenarkan untuk menggunakan Google Mobile Services (GMS) sejak dari Mei 2019. Larangan yang telah dikenakan oleh kerajaan A.S. ini telah menyebabkan Huawei mula mencari alternatif baru.

Pengurus Bahagian Pengguna Huawei Austria, Encik Wang Fei menyatakan pihak syarikatnya tiada sebarang perancangan untuk menggunakan kembali GMS walaupun sekatan tersebut akan dihentikan.

Bercakap kepada wartawan Jerman, Encik Wang Fei menyatakan Huawei kini sedang mengurangkan kebergantungannya terhadap politik A.S. dan ekosistem Google. Justeru, gergasi teknologi dari China ini telah menumpukan Huawei Mobile Services (HMS) sebagai alternatif baru. Telefon pintar keluaran Huawei terbaru seperti Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro telah pun mula menggunakan perkhidmatan ini.

Bagaimanapun, jurucakap Huawei di luar Austria menyatakan pendapat yang berbeza dengan wartawan lain. Laman web seperti XDA dan The Verge menyatakan Huawei masih lagi cenderung ke arah ekosistem terbuka Android termasuk GMS sebagai pilihan utama. Jurucakap berkenaan turut menambah Huawei pada ketika ini tidak boleh menggunakannya, dan ini menyebabkan pihak syarikat terpaksa mencari alternatif lain.

“I believe both Google and Huawei hope a license will be granted, but you would need to confirm that with Google. As a result of the entity listing we are now developing HMS – inviting app developers to come on board. etc. This offer has received a lot of positive interest in Europe. It’s worth reiterating that we were one of the lead contributors to the Android open source operating system over the last five years.”

Ketika ini, walaupun Huawei tidak boleh mendapatkan akses ke perkhidmatan-perkhidmatan GMS seperti aplikasi GMail, Maps dan aplikasi Google lainnya, perkhidmatan HMS dari Huawei dilihat masih mengekalkan momentum penerimaan oleh penggunanya.

Sumber berita diperoleh dari GSM Arena

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.