Utama Mobile Android Huawei sahkan Mate 30 dan Mate 30 Pro tidak menyertakan Google Mobile...

Huawei sahkan Mate 30 dan Mate 30 Pro tidak menyertakan Google Mobile Services

783
0

Hubungan di antara kerajaan A.S. dan Huawei setakat ini masih lagi di dalam keadaan tidak menentu dan atas sebab itu, akses ke Google Mobile Services untuk peranti-peranti keluaran Huawei turut sama terkesan.

Minggu lalu, CEO Huawei Richard Yu telah menerangkan mengenai Huawei Mobile Services sewaktu pelancaran siri Mate 30. Di dalam kenyataannya, beliau memaklumkan Google Mobile Services tidak akan disertakan di dalam peranti-peranti terbaru keluaran Huawei ini.

Ini bermaksud, segala aplikasi-aplikasi berasaskan Google yang menjadi asas kepada peranti-peranti Android seperti Play store, Gmail, dan Google Maps tidak ada pada telefon pintar siri Mate 30. Kedua-duanya, Mate 30 dan Mate 30 Pro akan mengantikannya dengan Huawei Mobile Services.

Menurut Richard Yu, setakat ini lebih dari 45,000 aplikasi telah diintegrasikan dengan teras Huawei Mobile Services. Beliau turut menyatakan pihak Huawei komited terhadap pertumbuhan ekosistemnya dengan suntikan dana sebanyak US$1 billion (RM4.18 billion) untuk tujuan pembangunan, perkembangan pengguna dan pemasaran.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Google Mobile Services bakal kembali ke peranti-peranti Huawei pada masa depan dengan mengambil kira perkembangan geo-politik antara A.S. dan China.

Sumber berita diperoleh dari Huawei (Youtube)

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.