Utama Mobile Aplikasi eBelia: Tebus kredit RM150 dari salah satu dari 4 eWallet ini bermula...

eBelia: Tebus kredit RM150 dari salah satu dari 4 eWallet ini bermula 1 Jun

822
0

Kementerian Kewangan telah mengumumkan program eWallet eBelia akan boleh ditebus bermula pada 1 Jun 2021. Program eBelia ini menyediakan kredit eWallet RM150 kepada belia-belia yang layak.

Peruntukan sebanyak RM300 juta telah disediakan menerusi program ini dan akan memanfaatkan lebih 2 juta belia di seluruh Malaysia.

Berbeza dengan inisiatfi eWallet sebelum ini seperti eTunai Rakyat dan Penjana, program eBelia ini menyokong empat penyedia perkhidmatan eWallet, iaitu:

Grab, bagaimanapun tidak menyertai program eWallet ini. Penebuasan kredit RM150 ini boleh dibuat bermula dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021. Kredit yang ditebus perlu digunakan sebelum 31 Julai 2021.

Menurut Kementerian Kewangan, bagi setiap belia yang layak boleh menebus kredit RM150 ini sekali sahaja dari salah satu daripada empat penyedia eWallet yang menyertai.

Individu tersebut juga akan menerima insentif tambahan dalam bentuk pulangan tunai, baucar, dan poin atau koin dari platform masing-masing. Sama seperti program yang terdahulu, anda yang layak perlu mengesahkan akaun eWallet anda sebelum dapat menebus kredit percuma tersebut.

Program eWallet eBelia ini dibuka kepada semua warga Malaysia yang berusia dari 18 hingga 20 tahun (lahir pada tahun 2001 hingga 2003). Atau pelajar sepenuh masa Malaysia yang sedang di dalam pengajian diploma atau SKM4 dan ke atas di pusat-pusat pengajian tinggi berdaftar di seluruh negara. Ketika penebusan, maklumat-maklumat akan disemak silang dengan institusi-institusi pengajian tinggi dan pangkalan data kerajaan yang berkaitan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Program eWallet eBelia.

Tinggalkan komentar