Kerajaan memberikan subsidi kredit bagi pelan telefon pintar sebanyak RM180 atau RM300 setahun berdasarkan kelayakan pemohon menerusi Program Jaringan Prihatin.

Rebat RM180 diberikan kepada individu bujang atau berkahwin yang tidak mempunyai anak dibawah umur 18 tahun.

Manakala rebat RM300 di dalam Program Jaringan Prihatin ini pula diberikan kepada individu bujang atau berkahwin yang mempunyai anak berusia bawah 18 tahun.

Digi turut serta sebagai salah sebuah syarikat telekomunikasi tempatan yang menyertai program berkenaan dengan menyalurkan bantuan tersebut dalam bentuk rebat.

Bagi pemohon yang layak menerima rebat RM180 setahun, anda boleh melanggan pelan Digi NEXT 35 pada kadar RM20 sebulan. Pelan ini didatangkan bersama-sama data 30GB dan panggilan tanpa had untuk 30 hari.

Pemohon yang sama juga boleh melanggan pelan Digi Postpaid 60 pada harga RM45 sebulan. Pelan pascabayar ini memberikan data 25GB dengan panggilan tanpa had untuk 30 hari.

Manakala bagi pemohon yang layak menerima rebat RM300 setahun pula, pelanĀ Prihatin 35 Prepaid Bundle menyediakan data 30GB dan panggilan tanpa had untuk 30 hari. Selain itu pelan ini turut menyediakan telefon pintar percuma, Samsung Galaxy A02.

Turut ditawarkan pelan Prihatin 40 Postpaid Bundle yang memberikan data 10GB dan panggilan tanpa had untuk 30 hari bagi pemohon berkenaan.

Pelan ini juga didatangkan bersama-sama telefon pintar pada harga diskaun yang boleh dipilih.

Telefon berkenaan adalah Galaxy A02s, Realme C11, Realme C15, Vivo Y1s, Vivo Y12D, Vivo Y20 2021, Oppo A15, Oppo A15s, Samsung Galaxy A025, Samsung Galaxy Tab A 8.0 dan Lenovo Tab M10.

Bagi anda yang berminat, kunjungi laman web rasmi Digi untuk maklumat lanjut berkenaan Program Jaringan Prihatin.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.