Utama Komputer DRAM DDR5 akan hadir pada tahun 2020, tawar had memori lebih tinggi

DRAM DDR5 akan hadir pada tahun 2020, tawar had memori lebih tinggi

1128
0

Nampak gayanya masa depan DRAM (dynamic random access memory) makin cerah apabila dilaporkan DDR5 akan muncul menjelang tahun 2020 nanti, menggantikan tempat DDR4. Tahun di mana Malaysia mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju.

Ok, takda kena mengena dengan cerita Malaysia nak jadi negara maju tahun 2020 pun untuk artikel ni.

Menurut sumber, DRAM dengan teknologi baru ini sedang dalam peringkat pembangunan. Dijangkakan spesifikasi terperinci memori jenis ini bakal diumumkan pada hujung tahun ini. Pada tahap kemajuan seperti sekarang, tidak mustahil DDR5 ini bakal dilengkapi pada komputer laptop dan desktop di pasaran pada tahun 2020 nanti.

Penambahbaikan pada RAM ini bakal melibatkan had siling memori yang lebih tinggi (sekarang paling tinggi 128GB), penggunaan tenaga yang lebih cekap dan sudah tentu, kelajuan memori yang lebih pantas. Menurut Mike Howard, Pengarah Bahagian DRAM and Memory di IHS, komputer masa depan memerlukan RAM yang lebih pantas untuk melakukan tugasan-tugasan seperti realiti maya.

Kapasiti sedia ada pada DDR4 pada hari ini mungkin tidak dapat menampung keperluan teknologi realiti maya pada masa akan datang andainya ia dipertingkatkan lebih maju lagi.

Tambah Mike Howard lagi, syarikat-syarikat yang terlibat dalam penggunaan pelayan berskala besar merupakan pihak terawal yang bakal menerima modul memori DDR5 kelak. Manakala DRAM DDR5 untuk pengguna biasa pula akan menyusul sekitar 12 hingga 18 bulan kemudian.

Apapun, menarik untuk kita nantikan apakah perubahan besar yang bakal diberikan melalui pengenalan DDR5 ini terhadap perkakasan komputer di masa hadapan.

-Sumber berita diperoleh dari Overclock3D

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.