Utama Mobile Telco DNB: Laporan Reuters tidak tepat, Perbincangan 5G dengan telco masih belum dimulakan

DNB: Laporan Reuters tidak tepat, Perbincangan 5G dengan telco masih belum dimulakan

Laporan Reuters yang mengatakan kos data 5G kepada syarikat telekomunikasi terlalu tinggi adalah tidak tepat. Malah, perbincangan 5G dengan telco juga masih belum dimulakan, menurut DNB.

902
0

Digital Nasional Berhad (DNB) menyatakan pihaknya masih lagi belum memulakan perbincangan rasmi dengan syarikat telekomunikasi tempatan berkenaan akses ke rangkaian 5G Malaysia. Ini kerana permohonan tawaran akses rujukan (reference access offer, RAO) masih lagi belum dimuktamadkan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, DNB mengatakan laporan oleh Reuters berkenaan adalah tidak tepat. Agensi berita antarabangsa berkenaan semalam telah melaporkan tiada syarikat telekomunikasi tempat yang membuat permohonan penyediaan akses ke rangkaian 5G berkenaan.

“The RAO will form the basis for DNB to enter into commercial agreements with licensees who are access seekers once these feedbacks have been received and evaluated. DNB anticipates finalising its RAO by end-November upon MCMC’s approval.

Subsequently, DNB will begin commercial negotiations with the telcos. Hence, we will only be able to sign up the telcos AFTER the publication of the RAO. It is thus clear that DNB has not sought any sign-up and neither expects the MNOs to sign anything until after the RAO is published,”

DNB juga menolak dakwaan dari Reuters yang mengatakan kos data 5G kepada syarikat telekomunikasi adalah terlalu tinggi. Menurutnya, kos bagi setiap GB yang ditawarkan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan rangkaian 5G yang diuruskan oleh syarikat telekomunikasi masing-masing.

“The logic for lower costs with a single shared infrastructure is simple. Everywhere in the world, highways are built and shared for drivers of all makes of cars. Imagine the costs if each make of car were to build their own highways for exclusive use,”

DNB juga menafikan keuntungan bagi syarikat telekomunikasi akan berkurangan kesan dari perjanjian pemajakan rangkaian tersebut.

Semalam, Reuters menerbitkan sebuah laporan yang mendakwa tiada satu pun penyedia rangkaian mudah alih utama Malaysia yang bersetuju untuk menggunakan rangkaian 5G yang dikelolakan oleh DNB.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.