Utama Mobile Aplikasi Tawaran diskaun saman trafik akibatkan MyBayar Saman dan MySikap tergendala

Tawaran diskaun saman trafik akibatkan MyBayar Saman dan MySikap tergendala

874
0
Diskaun-Saman-PDRM-JPJ-2021 Online

Bersempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sepanjang empat hari bermula dari hari ini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini menawarkan diskaun sehingga 80% untuk saman yang masih belum dibayar. Tawaran yang sama juga turut diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Orang ramai tidak perlu pergi ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) untuk mendapatkan tawaran diskaun tersebut memandangkan ia turut ditawarkan melalui platform pembayaran dalam talian PDRM dan JPJ, iaitu MyBayar Saman dan MySikap.

Maklum balas yang amat baik diterima dari orang ramai telah mengakibatkan kedua-dua platform pembayaran saman online terbabit menjadi tergendala hampir sepanjang siang tadi.Diskaun Saman PDRM JPJ Keluarga Malaysia 2021

Perkara ini telah diambil maklum oleh PDRM dan telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi laman Facebook rasminya sekitar petang tadi. Menerusinya, PDRM menasihatkan orang ramai supaya mengakses MyBayar Saman di luar waktu puncak memandangkan platform tersebut dibuka 24 jam.

Dalam pada masa yang sama, JPJ setakat ini telah mengeluarkan satu kenyataan di Facebook sekitar tengah hari mengenai jumlah trafik yang tinggi dihadapi oleh platform MySikap hingga menyebabkan tergendala.JPJ-MySikap-Online-Tak-Dapat-Masuk

Anda masih boleh mendapatkan diskaun saman PDRM ini dengan mengunjungi ibu pejabat daerah dan kontinjen negeri berhampiran sehingga Ahad ini. Bagi saman JPJ pula, anda boleh mengunjungi cawangan-cawangan JPJ dan UTC di seluruh negara.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.