Utama Teknologi DBKL menggunakan 4,000 kamera CCTV untuk memantau Banjir di Kuala Lumpur

DBKL menggunakan 4,000 kamera CCTV untuk memantau Banjir di Kuala Lumpur

751
0

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menggunakan 4,000 buah CCTV di sekitar bandaraya bagi memantau banjir. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias memaklumkan pihak DBKL turut merancang untuk menambah sebanyak 1,000 buah kamera CCTV lagi pada Jun ini, menjadikan 5,000 buah kamera ditempatkan di lokasi berisiko banjir.

Pengumuman ini dibuat susulan dari banjir yang melanda Kuala Lumpur sekali lagi pada bulan ini. Kejadian banjir ini berlaku dalam tempoh beberapa bulan selepas banjir paling buruk berlaku di Lembah Klang pada Disember tahun lalu. Selain pemantauan banjir, kamera-kamera ini juga akan digunakan bagi membantu pihak berkuasa mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Timbalan Menteri berkenaan juga mengumumkan pihak DBKL akan menaik taraf sistem perparitan, memperbesar longkang di tepian jalan, serta menaikkan dinding penghadang di kawasan-kawasan rendah dan di sepanjang sungai sebagai langkah jangka pendek.

Dalam pada masa yang sama, pihak kerajaan Selangor juga baru-baru ini telah mengumumkan sistem amaran banjir tujuh hari. Selain itu, langkah-langkah pencegahan banjir turut ditambah baik di seluruh negeri.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.