Utama Apple iPhone 15 Pro dikatakan akan menampilkan sistem Face ID di sebalik Skrin...

iPhone 15 Pro dikatakan akan menampilkan sistem Face ID di sebalik Skrin dari Samsung

365
0
iPhone-14-Kamera Berpenebuk Lubang

Samsung Display kini sedang membangunkan teknologi kamera di sebalik panel skrin. Teknologi ini dikatakan akan digunakan oleh Apple untuk meletakkan Face ID di bawah paparan bagi model keluaran tahun depan, “iPhone 15 Pro”, menurut laporan oleh The Elec.

Khabar angin tersebut turut menyatakan Apple sedang merancang untuk model “iPhone 15 Pro” berkenaan hanya mempunyai lubang kamera untuk kamera hadapannya. Manakala sensor Face ID pula akan ditempatkan di sebalik paparannya.

Teknologi dari Samsung tersebut secara tidak langsung menjadikan sensor Face ID tidak kelihatan pada pandangan mata kasar. Kaedah ini turut diguna pakai pada telefon pintar Samsung Galaxy Z Fold 3.

Pada Galaxy Z Fold 3, ketumpatan piksel pada bahagian kamera bawah paparan tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan kawasan lain pada paparan tersebut bagi membolehkan lebih banyak cahaya dapat memasuki ke kamera tersebut. Bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan kualiti foto yang dihasilkan oleh kamera tersebut agak rendah.

Tidak dapat dipastikan jika Face ID versi sensor di sebalik paparan ini berkesan sama seperti sistem sedia ada yang ditempatkan pada takuk di atas paparannya. Samsung dikatakan bekerjasama dengan OTI Lumionics dari Kanada untuk membangunkan teknologi tersebut.

The Elec turut melaporkan Samsung sedang merancang untuk menggunakan teknologi tersebut pada “Galaxy Z Fold 5” yang dikatakan akan dilancarkan pada tahun depan. Ini bergantung pada keadaan jika pembangunannya selesai mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selepas diperkenalkan pada “Z Fold 5”, teknologi ini akan menyusul pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Ini bukanlah kali pertama Face ID di sebalik paparan dikatakan akan hadir pada iPhone. April tahun lepas, penganalisis tersohor Ming-Chi Kuo mengatakan Apple dijangka akan menggunakan teknologi tersebut pada sekurang-kurangnya satu model iPhone keluaran tahun 2023.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.