Utama Mobile Android CyanogenMod henti operasi dan akan diteruskan legasinya melalui LineageOS

CyanogenMod henti operasi dan akan diteruskan legasinya melalui LineageOS

692
0

CyanogenMod telah menghentikan segala operasinya secara rasmi. Tapi itu semua tidak bermakna pengakhiran buat mod ubahsuai sistem operasi peranti Android yang popular ini. Pihak yang terlibat di belakang tabir pembangunannya akan meneruskan projek ini dibawah nama LineageOS dan sehingga kini, masih ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang akan ditawarkan oleh LineageOS ini.

Asalnya, pencipta CyanogenMod, Steve Kondik telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat berkaitan sistem operasi dan menamakannya sebagai Cyanogen Inc.

Segalanya berjalan dengan lancar buat syarikat ini sehinggalah ia ditamatkan kontrak eksklusif dengan rakan-rakan OEM lain dan hilang kepercayaan dari pelanggan-pelangganya. Hal ini menyebabkan Cyanogen Inc bertindak mengurangkan jumlah pekerja dan menumpukan lebih perhatian terhadap perkara-perkara berkaitan pembangunan aplikasi.

Namun, apakan daya. Segalanya tidak membuahkan hasil dan penghujung tahun 2016 mencatatkan tamatnya riwayat Cyanogen Inc walaupun ia pada satu ketika pernah menerima pelaburan dari pelbagai syarikat-syarikat multinasional termasuk Microsoft.

Pada masa yang sama, sistem operasi CyanogenMod akan kekal sebagai sebuah projek sumber terbuka yang digerakkan oleh komuniti. Bagaimanapun, apa sahaja yang berkaitan dengan Cyanogen Inc seperti pelayan, sistem kemaskini ‘over-the-air’ dan backport untuk para pembangun tidak lagi boleh digunakan disebabkan penamatan operasi syarikat berkenaan.

Tidak dapat dipastikan berapa lama masa yang akan diambil oleh para-para pembangun yang gigih menggerakkan komuniti sumber terbuka untuk ROM Android suai langgan dibawah nama LineageOS ini untuk kembali pulih.

Apapun, CYANOGENMOD IS NOT DEAD!

Sumber berita diperoleh dari ZDNet

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.