Utama Mobile Android Samsung Galaxy S8 mungkin bakal hadir dengan sokongan S Pen

Samsung Galaxy S8 mungkin bakal hadir dengan sokongan S Pen

774
0

Bagi anda peminat tegar siri Samsung Galaxy Note dan kecewa dengan nasib malang yang menimpa Galaxy Note 7, ada sinar harapan buat anda apabila dilaporkan Galaxy S8 akan menyokong penggunaan S Pen sebagai aksesori tambahan.

Khabar angin juga bertiup kencang berkenaan Samsung kizni sedang giat menjalankan pengujian pelbagai jenis prototaip Galaxy S8 yang mana salah satunya turut dilengkapi dengan S Pen. Lebih kurang sama macam yang pernah ada pada Galaxy Note.

Bagaimanapun, dilaporkan Samsung tidak begitu menggemari idea berkenaan dan hanya mahukan S Pen sekadar dijadikan sebagai aksesori tambahan sahaja.

Mengikut firasat saya, disebabkan tiadanya Galaxy Note baru dilancarkan pada tahun ini, adalah lebih berbaloi jika Samsung menawarkan S Pen sebagai aksesori tambahan untuk Galaxy S8. Tentunya, pengguna-pengguna Note berpeluang menjadikan Samsung Galaxy S8 sebagai alternatif baru jikalau benar Samsung ingin menyokong penggunaan S Pen pada peranti berkenaan.

Setakat ini, segala maklumat yang diterima berkenaan S Pen sebagai aksesori Galaxy S8 ini masih lagi diperingkat cakap-cakap sahaja. Nak tau betul tak betul, kita tunggu berita rasmi tentangnya yang akan diumumkan sekitar April 2017 nanti.

Sumber berita diperoleh dari SamMobile

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.