Utama Tablet Redmi Redmi Pad Pro diumumkan dengan Snapdragon 7s Gen 2, Antaramuka HyperOS

Redmi Pad Pro diumumkan dengan Snapdragon 7s Gen 2, Antaramuka HyperOS

71
0

Xiaomi telah mengumumkan tablet baharunya di bawah sub-jenama Redmi melalui Pad Pro. Peranti berkenaan merupakan tablet peringkat menengah yang dilengkapkan dengan pemprosesan Qualcomm, skrin yang menyokong Dolby Vision dan empat pembesar suara yang menyokong Dolby Atmos.

Redmi Pad Pro menampilkan paparan LCD 2.5K 12.2-inci dengan kadar penyegaran smeula 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Ia menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2 bersama-sama RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Tablet ini juga didatangkan dengan antaramuka HyperOS berasaskan Android 14 dan menyokong aksesori papan kekunci Bluetooth dan pena stylus yang boleh melekat secara magnetik pada sisinya.

Untuk fotografinya, ia sekadar menawarkan satu kamera 8MP pada bahagian hadapan dan juga belakangnya. Baterinya pula berkapasiti 10,000mAh yang bersesuaian dengan saiznya dan menyokongan pengecasan 33W. Dari segi ketersambungan, peranti Xiaomi ini menyokong Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan bicu audio 3.5mm.

Redmi Pad Pro didatangkan dengan dua pilihan warna pada harga bermula dari CNY1,499 (~RM988) untuk konfigurasi asas 6GB+128GB. Setakat ini masih belum diketahui bilakah tablet berharga mampu milik ini akan tiba ke pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.