Utama Teknologi Kecerdasan Buatan CEO OpenAI nafi laporan Pelancaran Enjin Carian untuk ChatGPT

CEO OpenAI nafi laporan Pelancaran Enjin Carian untuk ChatGPT

118
0
Sam Altman OpenAI

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI Sam Altman menafikan laporan dari Reuters sebelum ini yang mendakwa pihaknya akan melancarkan produk cariannya sendiri pada Isnin ini. Pelancaran tersebut dikatakan akan dibuat sehari sebelum persidangan Google I/O.

Menerusi sebuah hantaran di X, beliau menjelaskan pengumuman yang dibuat pada hari Isnin oleh pihaknya “bukan mengenai gpt-5” dan juga “bukan enjin carian”. Namun, beliau hanya menyatakan “ia seperti sesuatu yang ajaib”. OpenAI buat masa ini secara rasminya menyatakan pelancaran tersebut memperkenalkan kemaskini pada ChatGPT dan juga modelnya yang terkini GPT-4.

Minggu lepas, The Verge melaporkan OpenAI sedang giat mendapatkan tenaga-tenaga kerja dari Google untuk membentuk pasukan yang akan memperkenalkan produk baharunya. Manakala Bloomberg dan The Information pula melaporkan sebuah produk carian sedang dalam pembangunan tanpa tarikh tetap pelancarannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.