Celcom pada minggu ini telah mengumumkan pas internet terbarunya untuk pengguna prabayar Xpax yang menawarkan lebih data pada harga yang lebih berpatutan. Antara yang ditawarkan adalah pas bulanan yang menyediakan kuota data 48GB pada harga RM38.

Sebagai perbandingan, pas bulanan Xpax pada tahun lepas adalah pada harga RM30 untuk data sebanyak 5GB. Manakala untuk kuota data 10GB dan 15GB, masing-masing ditawarkan pada harga RM50 dan RM79.

Selain itu, Celcom turut memperkenalkan pas internet Xpax mingguan terbaru yang menawarkan kuota data 18GB pada harga RM12 seminggu.

Bagaimanapun, pas internet Xpax terbaru ini tidak lagi menawarkan akses Youtube tanpa had kuota dari jam 1 pagi hingga 7 pagi dan akaun VIP iFlix.

Selain itu, pas internet terbaru ini juga menyediakan kuota data hotspot sebanyak 3GB untuk pas bulanan dan 1GB untuk pas mingguan dengan kelajuan maksimum ditetapkan pada kadar 3Mbps sahaja.

Kedua-dua pas internet Xpax ini boleh diperoleh melalui aplikasi Celcom Life dan juga secara kod USSD.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Celcom

Tinggalkan komentar