Celcom baru-baru ini telah mengumumkan perkhidmatan Home Fiber kini boleh didapati di seluruh Malaysia. Terdahulu, perkhidmatan Celcom Home Fiber hanya boleh didapati di beberapa kawasan terpilih di Sabah dan di Jasin, Melaka.
Menariknya, Celcom mengekalkan harga yang sama untuk pakej Home Fiber ke seluruh negara ini. Justeru, pelan Celcom Home Fiber Gold yang menawarkan kelajuan memuat turun dan memuat naik sehingga 30Mbps ini boleh diperolehi dengan harga RM80 sebulan.
Bagi pengguna yang memerlukan kelajuan internet yang lebih tinggi, anda boleh memilih Celcom Home Fiber Gold Supreme yang hadir dengan kelajuan muat turun 100Mbps dan kelajuan muat naik 50Mbps bersama-sama yuran bulanan sebanyak RM120 sebulan. Kedua-dua pelan Celcom Home Fiber ini juga menawarkan kuota data tanpa had dan pelanggan juga bakal menerima router Wi-Fi percuma dari telco. Bagaimanapun, perkhimatan ini mengkehendaki pelanggan mengikat kontrak sehingga tempoh 24 bulan.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan perkhidmatan ini, layari laman web rasmi Celcom atau kunjungi outlet Celcom Bluecube berhampiran anda.