Utama Mobile Telco Penutupan Siaran Analog Televisyen dilapor akan diumumkan oleh Kerajaan esok

Penutupan Siaran Analog Televisyen dilapor akan diumumkan oleh Kerajaan esok

1659
0

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dilaporkan bakal mengeluarkan pengumuman penutupan siaran analog televisyen kebangsaan pada esok hari.

Sebelum ini, Pulau Langkawi telah menjadi kawasan pertama yang menamatkan siaran analog untuk beralih sepenuhnya ke teknologi Digital Terrestrial Television (DTTV).

Menurut Bernama, proses peralihan siaran dari analog ke digital sudah pun dimulakan oleh pihak kerajaan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak dari Jun 1997 lagi. Maklumat ini telah dikongsikan oleh Bernama melalui satu infografik yang dimuatkan di dalam cicipannya di Twitter.

Tambah infografik berkenaan lagi, Malaysia menjadi negara ketiga di rantau Asia Tenggara selepas Singapura dan Brunei yang menutup siaran analog televisyen negara.

Sumber berita diperoleh dari Twitter Bernama

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.